Saturday, 14 February 2015

muhasabah diri....emosi seorang ibu....

walau hampir dah tengah malam.tetapi mood nak menulis ada lagi.walau saki baki kesedihan apabila membaca blog masmarini tadi.terpaku sejenak.beratnya ujian ALLAH bagi pada dia.tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan dia apabila memangku anak sendiri yang sudah tidak bernyawa.insaf seketika.
berbalik kepada mood nak menulis pagi2 ni...dah pagi ke belum ni.lepas tengok bola dan melayan wassup tetiba teringat belum menulis he he he....orang tengah mood nak menulis ni kan...keadaan sunyi ni lah yang idea mencurah curah datang ni.apapun alfatihah kepada mas armand semoga tempatmu di sisi ALLAH SWT.
buat ibunya anda adalah insan bertuah dan memang cukup bertuah.
saya selalu bayangkan ianya terjadi kepada diri saya.saya akan merunung anak2 saya dan rasanya kalau ianya terjadi kepada saya ishhh entahlah.takut nak memikirkannya,rezeki ajal maut semua di tangan ALLAH swt .setiap dugaan dan cabaran seseorang individu tidak sama.saya akui kekadang saya begitu emosi.insyaallah akan cuba perbaiki diri.
alhamdulillah setelah mendengar dari perkongsian dari rakan bisness pada 26 april lalu di saat itu saya tanamkan dalam diri untuk melakukan apa yang belum pernah saya lakukan.syukur pada mu ya allah sehingga ke saat ini solat sunat taubat tidak saya tinggalkan.sudah menjadi satu tabiat sesudah solat isya terus saya akan melakukan solat sunat taubat,saya memohon di ampunkan dosa2 saya yang lalu.saya pasti ALLAH itu maha pengampun.
Dalam hati setiap insan ada sekelumit perasaan untuk berubah menjadi baik dan lebih baik.cuma kekadang emosi mengatasi segalanya.untuk berubah menjadi lebih baik memerlukan tekad dan pengorbanan iaitu pengorbanan untuk melawan setiap hasutan negetif.
syukur juga saya panjatkan kerana dipertemukan dengan insan-insan hebat yang banyak membimbing saya ke arah yang lebih baik lagi.boleh saya bandingkan dengan yang terdahulu.bukan niat untuk memperkecilkan yang terdahulu.tetapi hakikatnya saya lebih tenang sekarang.
buat puteri hafiza,resnajita dan semuanya budi kalian akan tetap di kenang.hanya allah swt sahaja yang akan membalasnya.aminnn ya allah..
jom tido sebelum tido solat dulu...insyaallah..

No comments:

Post a Comment