Sunday, 15 February 2015

24 jam bersama bonda 2 jam bersama anakanda

Assalamualaikum fuhhhh penat tapi seronok.2 perkataan yang sukar atau memang selalu saya alami.Penat sebab memandu dari Bera ke Subang Bestari,dan dari Subang Bestari ke Bera.Seronok kerana saya dapat berjumpa mak saya dan kakak-kakak saya dan seluruh ahli keluarga kami serta saya juga dapat menjenguk anak saya yang bersekolah di Slim River Perak.
Asalnya saya bertolak dari Bera selepas anak kedua saya pulang dari kelas tambahan.kira-kira dalam pukul 11.00 pagi dan saya sampai ke Subang Bestari kira-kira dalam pukul 4 setelah banyak persinggahan yang di lalui.
Walaupun sekejap dapat berjumpa berbaloilah bagi saya memandangkan jarak yang agak jauh juga.Atau memang jauh lah dengan berbekalkan kudrat seorang wanita yang memandu.Tapi kepenatan itu hilang apabila dapat bertentang mata dengan insan tersayang.Ye ibu saya yang saya panggil emak atau 'mok'.Sementara masih ada inilah nak selalu berada di samping beliau,ikutkan hati saya nak setiap minggu pergi berjumpa beliau tapi ye lah kita pun rasa tak mampu nak berbuat demikian,saya rasa dalam 2 minggu sekali ok rasenya untuk saya.Insyaallah....
Riuh rendah apabila berjumpa manakan pula saya pulak suara memang power,ha ha ha cayalah best sangat-sangat bersembang bergelak ketawa tak hengat dunia,dan alhamdulillah mak saya memang sekarang ni tak berapa sihat tapi setelah pembedahan di buat mak saya nampaknya sihat.Saya selalu berdoa agar mak saya sihat seperti sedia kala,sebenarnya saya rindukan masakan beliau.tersangat merindukan
air tangan beliau tapi apakan daya kesihatan beliau tidak mengizinkan.
Pada pagi ahad pula saya serta kakak dan abang ipar saya bergerak ke Slim River untuk bertemu dengan anak saya yang bersekolah di sana.Sejak saya menghantarnya pada 18 januari 2015 dan baru inilah saya berpeluang untuk pergi melawatnya.Semua orang kata jauhnya hantar anak,ada sebab saya berbuat demikian walau hasrat tak kesampaian.
Insyaallah keadaan anak saya nampaknya ok,ada juga saya nampak akan perubahan dalam diri anak saya itu.Oh ye minggu depan hari raya cina saya pulak akan pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya di Tanah Merah Kelantan.
Ok see u there....nah belanja gambar sekeping masa kami pergi Langkawi pada november 2013.

opppsss lupa nak bagitahu dah penat memandu ini malam ini saya mesti telan ostematrix untuk melegakan sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh badan yang saya alami ini.nak tahu pasal ostematrix jom call/wass/telegram/sms anis di no 0133974705
fb wan hezri anis
fb page anis beauty & health


No comments:

Post a Comment