Monday, 23 March 2015

cuti2 part 2

assalamualaikum.........

sambung yang entry lepas ekkkkkk/........

Bila di fikir-fikir balik penat tau bila di hitung ghupanya macam every weekend i balik kampung nyahhhhh....Best pun hado dapat balik kui kui kui..sorry mr husband....

Dalam keadaan saya yang terpregnant ni tapi galak p sana p sini dan alhamdulillah tiada kejadian yang buruk berlaku ke atas diri saya dan baby dalam perut ini.Dia seolah olah memahami ibu dia dalam kesusahan memula memang tiada rasa macam saya pregnant.

no morning sickness....
no moddy moddy.....
biasa saje atau belum tiba masanya////////////?????????


Berbalik cerita entry lepas ye....Sepanjang mendapat perkhabaran bahawasanya bapa saudara saya iaitu merangkap abang kepada mak saya yang telah meninngal dunia pada pagi sabtu itu,sepanjang berada di dalam kereta saya menangis dan terus menangis tanpa memberitahu suami saya lagi kerana di saat itu saya cuba mengumpul sedikit kekuatan dalam diri saya untuk memberitahu suami saya.

Selepas tangisan saya mulai reda saya cuba memberitahu suami saya tetapi dalam keadaan nada yang tersekat-sekat.Seketika hilang punca.Tiada keputusan dari suami samaada ingin terus balik ke Kelantan dan meninggalkan anak saya yang ke dua di Bera atau sebaliknya.

Disaat itu juga saya sibuk menghubungi kakak2 saya di group family dan cuba menghubungi sepupu saya miss epa fazwin yang ketika itu berada di Kuantan.Di pendekkan cerita selepas puas menghubungi semua orang akhirnya saya dan miss epa fazwin pulang ke kg pada tepat jam 2 ptg dengan menaiki keretanya.

Hanya kami berdua...wanita besi yang gagah perkasa....

Sepanjang perjalanan.....meter kereta 140......120.... non stop....tapi apakan daya tiada rezeki kami untuk melihat raut wajah bapa saudara kami untuk kali terakhir....

betul-betul rindukan dia.....banyak kenangan manis dengan arwah yang sememangnya terlalu mengambil berat perihal anak2 buahnya....


TO BE CONTINUED......
AL FATIHAH BUAT ARWAH .....MISS U POK LONG......

Saturday, 21 March 2015

cuti cny,cuti2 di hospital dan berita sedih buat keluarga wan lijah.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera......aissssssshhhhh lama ehhh tak up date ye,bukan apa tapi masyaallah sibuk dengan pelbagai kejadian yang melanda keluarga kami dan saya sendiri.Bermula dengan cuti tahun baru cina dan sehingga awal bulan 3.

Nak di jadikan cerita cny hari tu saya ada pulang ke kg di Kelantan kan,ada saya tulis di entry-entry yang lepas,selepas bercuti saya kembali ke tempat kerja dan bekerja selama 2 hari sebelum saya kembali ke kg semula untuk menemani mak saya yang akan di masukkan ke wad.

Haaaaaaaaaaa pada masa ni saya dah tahu yang saya telah pregnant anak ke 5.heeee rezeki kan tak di sangka-sangka ingatkan tak mau dah tapi dah ALLAH SWT bagi rezeki kita sebagai hambanya terima dengan syukur.

Bersambung balik dengan cerita tadi,dengan keizinan suami saya kembali ke kg meninggalkan anak seramai   orang untuk beliau uruskan persekolahan dari yang darjah 6,darjah 2 dan sekolah pasti 5 tahun.Terima kasih buat suami saya yang sudi menguruskan semua ini di masa ketiadaan ibu.

Berbalik pada yang tadi syukur alhamdulillah walau saya di sahkan pregnant [tapi masa ni saya belum ke klinik,cek upt sendiri aje].Mungkin masih awal tapi tiada tanda-tanda penat atau letih atau mual nak muntah ke sakit kepala ke,atau mungkin bukan tiba masanya saya alami morning scikness.Atau ALLAH SWT tahu kesusahan kami adik beradik di mana setiap bulan kami akan berkampung di hospital untu mak menjalani rawatan di situ.

Memang saya kena kuat walau dengan keadaan saya macam ini,saya sentiasa berdoa agar di beri kesihatan yang baik sepanjang kandungan saya ini.Saya sampai di bandar Kota Bharu pada pukul 5 pagi dan di situ mak saudara saya yang saya panggil mok su dan suaminya pok su datang mengambil saya di stesen bas.Tetapi di saat itu mak saya telah pun berada di wad husm.


Tiba di rumah saya mandi dan tidur dahulu sekejap sementara saya ke hospital.dalam lebih kurang pukul 9.00 pagi saya gerak ke hospital.Selama 3 hari berada di hospital iaitu dari selasa,rabu dan khamis,Hari khamis keluar hospital dan terus ke rumah mok su sekali lagi.Tinggal lah kami di situ sementara menunggu masa untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Dalam pada itu kami berbincang untuk bila waktu yang sesuai untuk saya dan mak kembali ke Kuala Lumpur,sebabnya isnin saya dan mula bekerja.Tup tap tup tap ye sabtu akan ke KL.Tiket pukul 6.50.
Sampai masanya kami berangkat ke KL dan ahadnya saya kembali ke Bera Pahang.

So kembali bekerja dengan semangat weekend ini saya akan pastikan bersama anak-anak dan suami.Pelbagai rancangan telah di atur dan dalam masa yang sama saya ada dan perlu menghadiri satu majlis makan malam meraikan kawan-kawan yang telah bersara.Bertempat di hotel di bandar Kuantan.

Jeng jeng jeng....tiba saatnya saya semacam membatalkan di saat-saat akhir untuk saya ke majlis tersebut.Tetapi mengenangkan sahabat yang ingin di temani semasa balik dari najlis tersebut saya gagahkan diri saya untuk ke sana.Pada mulanya saya merancang untuk menaiki bas ke Kuantan tetapi di saat akhir suami saya kebetulan ingin ke Kuantan kerana ada urusan yang perlu di bereskan.

Dipendekkan cerita kami berempat beranak pada pagi sabtu itu terus gerak ke Kuantan manakala  anak saya yang nombor 2 ada kelas di sekolahnya.Saya ke kuantan berbekalkan sepasang baju yang ingin di pakai semasa majlis makan malam tersebut.Sepanjang perjalanan ke Kuantan saya menerima wass dari group family wan lijah[nama nenek saya].Mula-mula pak saudara saya iaitu abang kepada emak saya yang memang beiau telah lama sakit,mula-mula dapat wasss sakit tenat sapa2 nak balik boleh balik....tak lama selepas itu dapat wasss mengatakan beliau telah tiada.

Alfatihah buat arwah bapa saudara saya......

nak di jadikan cerita sebaik-baik perancangan manusia,baik lagi perancangan ALLAH SWT.Saya kembali ke Kota Bharu pada hari sabtu itu bersama sepupu saya yang pada masa itu belajar di Uia Kuantan.Kami bertolak balik tepat pada pukul 2.00 ptg.Dan sampai di Kota Bharu pada jam 6.45 ptg tetapi sudah terlambat saya dan sepupu miss epa fazwin tidak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir.

PSSSSSSSTTTTT sambung lain kali ehhhh....to be continued....nak g minum esp jap.....bahekkksssss untuk ibu mengandung macam saya.

Monday, 23 February 2015

CNY dan percutian balik kampung.......

Hai assalamualaikum.....sudah 4 hari saya tak menulis...hanya membelek-belek saya punya blog dan entry-entry saya yang lepas-lepas,Selama 4 hari saya mengambil peluang sempena perayaan CNY 2015 ini untuk pulang ke kampung halaman saya.

Saya pulang ke kampung bertujuan menghadiri kenduri anak saudara saya di Tanah Merah Kelantan.Masyaallah sampai aja di negeri Kelantan kenderaan mulai perlahan situasi yang saya selalu hadapi apabila pulang ke kampung di saat musim perayaan tiba.

Tapi itu sedikit pun tidak melemahkan semangat saya untuk pulang ke kampung halaman tercinta.Tapi makin ingin dan selalu pulang ke tanah tumpah darah saya.Setiap kali tiba di pintu gerbang Selamat datang ke negeri Kelantan suatu perasaan yang sukar saya tafsirkan.

Penat berada di dalam kereta hanya Tuhan saja yang tahu,tapi alah bisa tegal biasa.Setiap tahun dan setiap kali apa jua jenis perayaan pasti suasana jem pasti melanda bandar atau sepanjang jalan di Kota Bharu.

Saya bawa laptop saya balik kampung tujuan untuk menyambung tulis entry-entry ini tapi ye lah bila sudah berjumpa dengan adik beradik saya,anak-anak saudara mak-mak saudara apa lagi hp ilang laptop tersadai aja dalam kereta.

Seronok kan bila jumpa dengan saudara mara,benar kata orang ada dua peristiwa yang mengumpulkan ahli keluarga dan saudara mara selain hari perayaan iaitu hari kematian dan hari kenduri...

Best dapat berkumpul dan berjumpa tetapi kegembiraan itu tidak lama kerana kami juga di datangi oleh khabar yang kurang gembira.Sepupu saya yang tinggal di felda tersang telah kembali kerahmatullah pada hari abang saya melangsungkan majlis pernikahan anak sulung beliau,terkejut kerana kematian yang tiba-tiba.

Ceritanya beliau telah kembali ke kampung untuk menziarahi ibunya yang sakit tetapi Allah maha mengetahui segalanya.Ajal maut di tangan tuhan kan.Arwah berumur 53 tahun.Sepupu sebelah arwah abah saya.

Yang saya tahu dan mulai sedar mati tak mengenal usia atau tak semestinya seseorang itu sakit orang itu akan menemui ajal.Yang sihat ada kalanya akan pergi dulu dari yang sakit kronik! percaya tak...

oooooo ESOK malam saya kembali ke kg saya kerana mak saya akan di masukkan ke hospital unisains.so saya bercuti dari 25 feb sehinggalah hujung minggu ini.Ye kita hidup ni ada tanggungjawab selain tanggungjawab sebagai staff kita juga ada tanggungjawab sebagai isteri,ibu dan juga anak...

Masa balik kg merempuh jem,mahu balik ke rumah pun saya merempuh jem..tapi sepanjang berada di dalam kereta saya aKUI saya tidur sepanjang jalan ha ha ha kesian en suami saya.Tapi itulah saya pun tak tahu kenapa walau hati saya mulai tahu kenapa saya bersikap sedemikian ha ha ha...

Bertolak dari Pengkalan Chepa pukul 10.15 manakala sampai di bera pukul 11.oo lebih rasanya.Perjalanan yang amat panjang.arghhhh tapi di sebabkan sudah biasa saya okeh ajoooo....

Okeh badan pun still lagi penat,saya pun tak berapa sihat,mata mengantuk tapi saya larat lagi pergi kerjA ....iNI ADALAH kerana saya mengamalkan supplement dari shaklee ye betui tak caya meh pm saya nowww.


                                  FB WAN HEZRI ANIS
                         FB PAGE ANIS BEAUTY & HEALTH
                  IG WANHEZRIANIS
NO TEL 0133974705


Wednesday, 18 February 2015

rentetan ogos.......

Dari entry yang lepas ada saya bagitahu yang sememangnya saya sudah memaafkan semua sekali,tetapi biasalah sesekali peristiwa itu akan saya ingat tapi tak bermakna saya mendendami semua orang.Saya bukanlah pendendam orangnya.Saya jenis yang amat mudah lupa apa yang orang buat pada saya setelah orang itu menunjukkan sikap baiknya pada saya.

Bukan sekali dua saya di perlakukan sedemikian,macam-macam tragedi yang saya lalui tetapi semuanya saya serahkan pada ALLAH SWT.Sepertimana saya bagitahu sejarah tetap menjadi sejarah yang tinggal hanya kenangan.Ada sebab dan musabab saya di beri ujian dan saya redha sesungguhnya saya lebih mendekati YANG MAHA PENCIPTA.

DIA tahu saya boleh hadapi semua ini sebab itulah DIA memilih saya untuk ujian besar ini.Alhamdulillah itu tandanya DIA sayangkan saya dan ingin saya mengingatiNYA.Memang betul saya betul-betul merasakan saya rapat denganNYA.

Terima kasih buat suami, rakan-rakan,sahabat-sahabat jiran-jiran yang dahulu dekat sekarang jauh sikit,ahli keluarga yang banyak memberi sokongan moral kepada saya,bahawasanya kalian adalah sahabat dunia akhirat.

Selalu terdengar kata orang,doa orang teraniaya di makbulkan ALLAH,Walau rezeki macam di sekat tetapi rezeki lain pula yang datang,tidak sikit pun terjejas dengan apa yang menimpa.Terjadinya musibah ini terhadap saya,perkataan pertama yang keluar dari mulut suami adalah...'buat tak apa yang abang suruh,amalkan tak apa yang abang suruh untuk elak fitnah orang.'saya diam....diam bererti tidak kan?

Saya kongsikan ini bukan tujuan apa-apa tetapi di jadikan pedoman buat saya,benda yang lepas biarkan ia berlalu,saya jadikan pedoman untuk hari-hari mendatang.Macam saya tegaskan dalam entry saya yang lepas..saya bukan jenis tak boleh mendengar nasihat,bukan tak bole di bawa berbincang,saya ingat lagi ada seseorang itu dia suka membimbing saya kerana saya adalah seorang yang mendengar kata dan mengikut arahan dia.Itu kekadang saya merasakan cukup terkilan,terkilan dalam pelbagai rasa.

Jangan fikir yang bukan-bukan ye pasal entry saya ni,ini adalah luahan saya,luahan hati saya dari sudut hati saya dan pemikiran saya,andai kata saya tersilap itu adalah kerana saya hanya manusia yang lemah yang tidak menyedari kesilapan saya sendiri.

Hingga ke saat ini saya mengaku rindukan saat-saat dahulu kala.Tapi itulah kita manusia terlajak perahu boleh di undur terlajak tekan enter inilah jadinya HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Manis pulak nenas ni,sesambil menaip sesambil mengunyah nenas besttt,,kecur air liur ku di buatnya..Lambat bebeno esok sebab esok nak balik kampung.Kampung halaman yang ku rindui.Walau pun memakan masa berjam-jam perjalanan tetapi tak pernah jemu.Manakan tidak belum masa saya bertolak mak saya dah bertanya pukul berapa saya bertolak esok.Itu belum lagi saya di dalam perjalanan berdesup-desup la wass dalam hp masuk.

Itulah hati seorang ibu kan..Saya pernah menganggap orang tersebut seperti ibu saya sendiri di saat bersalam dan memeluk beliau tetapi itu hanya tinggal kenangan,kenangan yang tak mungkin saya lupakan.Ilmu yang beliau turunkan saya minta di halalkan,segala makan minum dan semuanya saya minta di halalkan.

Lepas tu kan,kan entry sebelum ni saya ada cerita pasal ada seorang ni yang mengatakan saya persis anak dara....HAAAAAAAAAAAAA ANJAT BOBOI....saya ni bukan makan jamu tapi saya amalkan supplement,vit c wajib saya ambil bersekali dengan b complex.So kulit wajah pun makin gebus manakala stress saya pun berkurangan.INGAT  amalkan supplement sebelum anda di datangi penyakit,sebab supplement untuk orang-orang yang sihat bukan untuk orang yang sakit..JANGAN LUPA NAAAA...


FB WAN HEZRI ANIS
FB PAGE ANIS BEAUTY &  HEALTH
IG WANHEZRIANIS
HP CALL SMS WASS TELEGRAM WECHAT
0133974705
muka yang selalu buat saya tenang.....NUR DILARA SYAHANA

Tuesday, 17 February 2015

TRAGEDI OGOS......

Tiada siapa yang tahu apa yang saya lalui sejak akhir akhir ini.dugaan demi dugaan saya hadapi tapi  dengan penuh cool.tiada kata yang dapat saya gambarkan macam mana saya dapat hadapinya tanpa melatah  sepatah pun dengan kata lain meroyan ha ha ha meroyan ko.

Puas saya fikir apa puncanya,kalau saya betul-betul salah kenapa tak dipanggil dan bersemuka tanpa ada kiasan di tikam dari belakang.Saya bukannya jenis orang yang tak makan nasihat atau jenis yang tak mendengar kata.

Betul-betul terkilan dengan sikap manusia yang punya hati yang hitam se hitam arang batu kot hew hew hew,tapi saya redha dan anggap semua ini ujian bagi saya,ye ujian untuk saya kembali kepada pencipta asal.Untuk saya lebih dekat dan selalu mengingatinya tanpa rasa culas.

Memang saya bukan golongan alim ulama tapi hati saya masih ada sekelumit iman walau senipis bawang.Puas menangis dan merintih pada yang esa,hati tetap tabah dan teruskan kehidupan seperti biasa dengan dorongan dan sokongan rakan-rakan serta doa dari semua yang mengenali diri saya yang sebenarnya.

Pada masa itu saya nekad,nekad untuk bersikap seperti biasa tanpa memikirkan masaalah besar dalam hidup saya yang pertama kali berlaku ke atas diri saya.Memang tiada siapa yang menyangka di sebalik gelak ketawa tersembunyi bebanan masalah yang di pikul oleh saya sendiri.

Di sindir dengan kata-kata yang tidak menyenangkan,ahhhh macam-macam dan saya cuba pekakkan telinga butakan mata atas apa jua yang berlaku di depan mata saya.Saya pelik kenapa saya boleh lalui semua ini dengan aman dan tenteram,Tidak sedikitpun saya rasa nak menyampuk atau bertegang urat sebab saya rasa semua itu menunjukkan kebodohan saya.

Pada mulanya saya ingat saya akan kehilangan semua rakan-rakan saya,tapi ALLAH maha adil doa dan rintihan orang-orang yang teraniaya pasti akan di makbulkan oleh ALLAH SWT.Rupanya saya tidak berseorangan ramai yang tampil memberi sokongan dan dorongan serta selalu mententeramkan perasaan saya di kala saya betul-betul down.

Sejarah hitam
yang pasti akan saya kenang dan ingat sampai akhir hayat saya,bila bercakap pasal kekuatan hati dan rohani mungkin juga amalan kerohanian yang saya amalkan setelah berkecimpung di dalam bisnes shaklee ini.Bukan tidak tahu amalan sunat sebelum terjebak dengan shaklee tapi pada masa dulu sikap malas dan malas serta malas tidak memungkinkan saya mengamalkan amalan kerohanian.

Zikir ,tahajud,dhuha,solat sunat taubat saya amalkan mungkin kesan dari itu menjadikan hati saya amat kuat untuk hadapi segala kemungkinan atau apa jua halangan yang mendatang,tidak lupa juga saya turut mengamalkan b complex heeeeeeeee.elak stress wakkkk....

Kalau nak di tulis mengenai ini panjang ngat wakkkk,saya ringkaskan sedikit,nanti takut pulak jadi novel.cerita yang akan saya ingati sampai bila-bila.Ye saya sudah memaafkan semua orang.Kemaafan dendam yang terindah.

akhir kata sila hubungi saya di facebook wan hezri anis
fb page sihat dan cantik
ig wanhezri anis
wass,wechat,telegram sms call 0133974705
untuk maklumat lanjut  mengenai supplement agar kita sihat dan cantik...


cop cop cop nak bagitahu ada seorang gegirl bagitahu saya macam anak dara !!!!!!!!!
tgk gaya macam mak dara ye la kot.kuang juang huangggggg

Monday, 16 February 2015

saya dan supplement


Sapa yang suka makan supplement?Supplement untuk siapa?
Saya sejak dahulu lagi memang sukakan supplement,belum kawin lagi saya dan makan supplement,mungkin terikut-ikut kakak-kakak saya atau memang sudah mempunyai kesedaran bahawa supplement adalah untuk orang sihat bukan orang yang sudah mempunyai penyakit.

Saya makan supplement bukan bererti saya mempunyai duit yang banyak,tapi sebab fikirkan kesihatan kita untuk masa terdekat atau masa panjang.Dalam setiap kajian memang ramai sangat orang kita belum sedar mengenai pemakanan ini.Ada juga berpendapat dia tak makan supplement ni pun dia akan rasa sihat,tapi pernahkan kita fikir sampai bila tahap kesihatan kita akan berada di tahap yang baik.

Tahap dan cara pemakanan kita juga haruslah kita jaga,corak dan gaya hidup juga,Bebanan kerja yang selalunya dihadapi oleh setiap kita yang bekerja.Atau lebih tepat sekali stress.Bahaya atau  tidak saya rasa memang bahaya,dulu saya tak pernah merasa stress tapi sejak bila ye saya pun lupa saya tergolong di dalam orang yang stress.Masyaallah belum pernah saya alami penyakit ini.

Sekarang saya tak mahu stress lagi dan tak mahu tergolong dalam golongan yang selalu menghadapi stress sebab memang akan membahayakan diri sendiri.Kalau rasa tak yakin cuba tanya pak cik google.Atau cari makna stress dan akibat dari stress.Mudah saja tak mo stress,haaaa makan b complex sebiji sehari b complex pula mestilah dari shaklee kannnnnnn...heeeee...banyak khasiat tau...saya pun tak pernah miss...nak tahu lebih khasiat follow saya n wass saya di talian 0133974705
saya sedia membantu,cepat tau saya tunggu......


 Lagi satu kan nak hilang stress cuba-cuba kita dekatkan diri atau tambahkan perkara -perkara kerohanian seperti solat sunat,dan lain-lain.Bukan nak tunjuk pandai tapi semua ini saya belajar dan amalkan setelah saya terjebak dengan shaklee caya tak...kena caya tak caya nanti saya cerita di lain entry.Ingat tak di entry yang lepas saya cerita pasal saya pergi menziarahi mak saya,Umur mak saya 68 tahun tapi beliau juga mengamalkan supplement,ok tak.....

Nak tahu lebih lanjut kita jumpa lagi di entry yang lain....ok byeeee saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini....

Sunday, 15 February 2015

24 jam bersama bonda 2 jam bersama anakanda

Assalamualaikum fuhhhh penat tapi seronok.2 perkataan yang sukar atau memang selalu saya alami.Penat sebab memandu dari Bera ke Subang Bestari,dan dari Subang Bestari ke Bera.Seronok kerana saya dapat berjumpa mak saya dan kakak-kakak saya dan seluruh ahli keluarga kami serta saya juga dapat menjenguk anak saya yang bersekolah di Slim River Perak.
Asalnya saya bertolak dari Bera selepas anak kedua saya pulang dari kelas tambahan.kira-kira dalam pukul 11.00 pagi dan saya sampai ke Subang Bestari kira-kira dalam pukul 4 setelah banyak persinggahan yang di lalui.
Walaupun sekejap dapat berjumpa berbaloilah bagi saya memandangkan jarak yang agak jauh juga.Atau memang jauh lah dengan berbekalkan kudrat seorang wanita yang memandu.Tapi kepenatan itu hilang apabila dapat bertentang mata dengan insan tersayang.Ye ibu saya yang saya panggil emak atau 'mok'.Sementara masih ada inilah nak selalu berada di samping beliau,ikutkan hati saya nak setiap minggu pergi berjumpa beliau tapi ye lah kita pun rasa tak mampu nak berbuat demikian,saya rasa dalam 2 minggu sekali ok rasenya untuk saya.Insyaallah....
Riuh rendah apabila berjumpa manakan pula saya pulak suara memang power,ha ha ha cayalah best sangat-sangat bersembang bergelak ketawa tak hengat dunia,dan alhamdulillah mak saya memang sekarang ni tak berapa sihat tapi setelah pembedahan di buat mak saya nampaknya sihat.Saya selalu berdoa agar mak saya sihat seperti sedia kala,sebenarnya saya rindukan masakan beliau.tersangat merindukan
air tangan beliau tapi apakan daya kesihatan beliau tidak mengizinkan.
Pada pagi ahad pula saya serta kakak dan abang ipar saya bergerak ke Slim River untuk bertemu dengan anak saya yang bersekolah di sana.Sejak saya menghantarnya pada 18 januari 2015 dan baru inilah saya berpeluang untuk pergi melawatnya.Semua orang kata jauhnya hantar anak,ada sebab saya berbuat demikian walau hasrat tak kesampaian.
Insyaallah keadaan anak saya nampaknya ok,ada juga saya nampak akan perubahan dalam diri anak saya itu.Oh ye minggu depan hari raya cina saya pulak akan pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya di Tanah Merah Kelantan.
Ok see u there....nah belanja gambar sekeping masa kami pergi Langkawi pada november 2013.

opppsss lupa nak bagitahu dah penat memandu ini malam ini saya mesti telan ostematrix untuk melegakan sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh badan yang saya alami ini.nak tahu pasal ostematrix jom call/wass/telegram/sms anis di no 0133974705
fb wan hezri anis
fb page anis beauty & health