Monday, 23 March 2015

cuti2 part 2

assalamualaikum.........

sambung yang entry lepas ekkkkkk/........

Bila di fikir-fikir balik penat tau bila di hitung ghupanya macam every weekend i balik kampung nyahhhhh....Best pun hado dapat balik kui kui kui..sorry mr husband....

Dalam keadaan saya yang terpregnant ni tapi galak p sana p sini dan alhamdulillah tiada kejadian yang buruk berlaku ke atas diri saya dan baby dalam perut ini.Dia seolah olah memahami ibu dia dalam kesusahan memula memang tiada rasa macam saya pregnant.

no morning sickness....
no moddy moddy.....
biasa saje atau belum tiba masanya////////////?????????


Berbalik cerita entry lepas ye....Sepanjang mendapat perkhabaran bahawasanya bapa saudara saya iaitu merangkap abang kepada mak saya yang telah meninngal dunia pada pagi sabtu itu,sepanjang berada di dalam kereta saya menangis dan terus menangis tanpa memberitahu suami saya lagi kerana di saat itu saya cuba mengumpul sedikit kekuatan dalam diri saya untuk memberitahu suami saya.

Selepas tangisan saya mulai reda saya cuba memberitahu suami saya tetapi dalam keadaan nada yang tersekat-sekat.Seketika hilang punca.Tiada keputusan dari suami samaada ingin terus balik ke Kelantan dan meninggalkan anak saya yang ke dua di Bera atau sebaliknya.

Disaat itu juga saya sibuk menghubungi kakak2 saya di group family dan cuba menghubungi sepupu saya miss epa fazwin yang ketika itu berada di Kuantan.Di pendekkan cerita selepas puas menghubungi semua orang akhirnya saya dan miss epa fazwin pulang ke kg pada tepat jam 2 ptg dengan menaiki keretanya.

Hanya kami berdua...wanita besi yang gagah perkasa....

Sepanjang perjalanan.....meter kereta 140......120.... non stop....tapi apakan daya tiada rezeki kami untuk melihat raut wajah bapa saudara kami untuk kali terakhir....

betul-betul rindukan dia.....banyak kenangan manis dengan arwah yang sememangnya terlalu mengambil berat perihal anak2 buahnya....


TO BE CONTINUED......
AL FATIHAH BUAT ARWAH .....MISS U POK LONG......

Saturday, 21 March 2015

cuti cny,cuti2 di hospital dan berita sedih buat keluarga wan lijah.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera......aissssssshhhhh lama ehhh tak up date ye,bukan apa tapi masyaallah sibuk dengan pelbagai kejadian yang melanda keluarga kami dan saya sendiri.Bermula dengan cuti tahun baru cina dan sehingga awal bulan 3.

Nak di jadikan cerita cny hari tu saya ada pulang ke kg di Kelantan kan,ada saya tulis di entry-entry yang lepas,selepas bercuti saya kembali ke tempat kerja dan bekerja selama 2 hari sebelum saya kembali ke kg semula untuk menemani mak saya yang akan di masukkan ke wad.

Haaaaaaaaaaa pada masa ni saya dah tahu yang saya telah pregnant anak ke 5.heeee rezeki kan tak di sangka-sangka ingatkan tak mau dah tapi dah ALLAH SWT bagi rezeki kita sebagai hambanya terima dengan syukur.

Bersambung balik dengan cerita tadi,dengan keizinan suami saya kembali ke kg meninggalkan anak seramai   orang untuk beliau uruskan persekolahan dari yang darjah 6,darjah 2 dan sekolah pasti 5 tahun.Terima kasih buat suami saya yang sudi menguruskan semua ini di masa ketiadaan ibu.

Berbalik pada yang tadi syukur alhamdulillah walau saya di sahkan pregnant [tapi masa ni saya belum ke klinik,cek upt sendiri aje].Mungkin masih awal tapi tiada tanda-tanda penat atau letih atau mual nak muntah ke sakit kepala ke,atau mungkin bukan tiba masanya saya alami morning scikness.Atau ALLAH SWT tahu kesusahan kami adik beradik di mana setiap bulan kami akan berkampung di hospital untu mak menjalani rawatan di situ.

Memang saya kena kuat walau dengan keadaan saya macam ini,saya sentiasa berdoa agar di beri kesihatan yang baik sepanjang kandungan saya ini.Saya sampai di bandar Kota Bharu pada pukul 5 pagi dan di situ mak saudara saya yang saya panggil mok su dan suaminya pok su datang mengambil saya di stesen bas.Tetapi di saat itu mak saya telah pun berada di wad husm.


Tiba di rumah saya mandi dan tidur dahulu sekejap sementara saya ke hospital.dalam lebih kurang pukul 9.00 pagi saya gerak ke hospital.Selama 3 hari berada di hospital iaitu dari selasa,rabu dan khamis,Hari khamis keluar hospital dan terus ke rumah mok su sekali lagi.Tinggal lah kami di situ sementara menunggu masa untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Dalam pada itu kami berbincang untuk bila waktu yang sesuai untuk saya dan mak kembali ke Kuala Lumpur,sebabnya isnin saya dan mula bekerja.Tup tap tup tap ye sabtu akan ke KL.Tiket pukul 6.50.
Sampai masanya kami berangkat ke KL dan ahadnya saya kembali ke Bera Pahang.

So kembali bekerja dengan semangat weekend ini saya akan pastikan bersama anak-anak dan suami.Pelbagai rancangan telah di atur dan dalam masa yang sama saya ada dan perlu menghadiri satu majlis makan malam meraikan kawan-kawan yang telah bersara.Bertempat di hotel di bandar Kuantan.

Jeng jeng jeng....tiba saatnya saya semacam membatalkan di saat-saat akhir untuk saya ke majlis tersebut.Tetapi mengenangkan sahabat yang ingin di temani semasa balik dari najlis tersebut saya gagahkan diri saya untuk ke sana.Pada mulanya saya merancang untuk menaiki bas ke Kuantan tetapi di saat akhir suami saya kebetulan ingin ke Kuantan kerana ada urusan yang perlu di bereskan.

Dipendekkan cerita kami berempat beranak pada pagi sabtu itu terus gerak ke Kuantan manakala  anak saya yang nombor 2 ada kelas di sekolahnya.Saya ke kuantan berbekalkan sepasang baju yang ingin di pakai semasa majlis makan malam tersebut.Sepanjang perjalanan ke Kuantan saya menerima wass dari group family wan lijah[nama nenek saya].Mula-mula pak saudara saya iaitu abang kepada emak saya yang memang beiau telah lama sakit,mula-mula dapat wasss sakit tenat sapa2 nak balik boleh balik....tak lama selepas itu dapat wasss mengatakan beliau telah tiada.

Alfatihah buat arwah bapa saudara saya......

nak di jadikan cerita sebaik-baik perancangan manusia,baik lagi perancangan ALLAH SWT.Saya kembali ke Kota Bharu pada hari sabtu itu bersama sepupu saya yang pada masa itu belajar di Uia Kuantan.Kami bertolak balik tepat pada pukul 2.00 ptg.Dan sampai di Kota Bharu pada jam 6.45 ptg tetapi sudah terlambat saya dan sepupu miss epa fazwin tidak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir.

PSSSSSSSTTTTT sambung lain kali ehhhh....to be continued....nak g minum esp jap.....bahekkksssss untuk ibu mengandung macam saya.