Assalamualaikum dan salam sejahtera......aissssssshhhhh lama ehhh tak up date ye,bukan apa tapi masyaallah sibuk dengan pelbagai kejadian yang melanda keluarga kami dan saya sendiri.Bermula dengan cuti tahun baru cina dan sehingga awal bulan 3.
Nak di jadikan cerita cny hari tu saya ada pulang ke kg di Kelantan kan,ada saya tulis di entry-entry yang lepas,selepas bercuti saya kembali ke tempat kerja dan bekerja selama 2 hari sebelum saya kembali ke kg semula untuk menemani mak saya yang akan di masukkan ke wad.
Haaaaaaaaaaa pada masa ni saya dah tahu yang saya telah pregnant anak ke 5.heeee rezeki kan tak di sangka-sangka ingatkan tak mau dah tapi dah ALLAH SWT bagi rezeki kita sebagai hambanya terima dengan syukur.
Bersambung balik dengan cerita tadi,dengan keizinan suami saya kembali ke kg meninggalkan anak seramai orang untuk beliau uruskan persekolahan dari yang darjah 6,darjah 2 dan sekolah pasti 5 tahun.Terima kasih buat suami saya yang sudi menguruskan semua ini di masa ketiadaan ibu.
Berbalik pada yang tadi syukur alhamdulillah walau saya di sahkan pregnant [tapi masa ni saya belum ke klinik,cek upt sendiri aje].Mungkin masih awal tapi tiada tanda-tanda penat atau letih atau mual nak muntah ke sakit kepala ke,atau mungkin bukan tiba masanya saya alami morning scikness.Atau ALLAH SWT tahu kesusahan kami adik beradik di mana setiap bulan kami akan berkampung di hospital untu mak menjalani rawatan di situ.
Memang saya kena kuat walau dengan keadaan saya macam ini,saya sentiasa berdoa agar di beri kesihatan yang baik sepanjang kandungan saya ini.Saya sampai di bandar Kota Bharu pada pukul 5 pagi dan di situ mak saudara saya yang saya panggil mok su dan suaminya pok su datang mengambil saya di stesen bas.Tetapi di saat itu mak saya telah pun berada di wad husm.
Tiba di rumah saya mandi dan tidur dahulu sekejap sementara saya ke hospital.dalam lebih kurang pukul 9.00 pagi saya gerak ke hospital.Selama 3 hari berada di hospital iaitu dari selasa,rabu dan khamis,Hari khamis keluar hospital dan terus ke rumah mok su sekali lagi.Tinggal lah kami di situ sementara menunggu masa untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Dalam pada itu kami berbincang untuk bila waktu yang sesuai untuk saya dan mak kembali ke Kuala Lumpur,sebabnya isnin saya dan mula bekerja.Tup tap tup tap ye sabtu akan ke KL.Tiket pukul 6.50.
Sampai masanya kami berangkat ke KL dan ahadnya saya kembali ke Bera Pahang.
So kembali bekerja dengan semangat weekend ini saya akan pastikan bersama anak-anak dan suami.Pelbagai rancangan telah di atur dan dalam masa yang sama saya ada dan perlu menghadiri satu majlis makan malam meraikan kawan-kawan yang telah bersara.Bertempat di hotel di bandar Kuantan.
Jeng jeng jeng....tiba saatnya saya semacam membatalkan di saat-saat akhir untuk saya ke majlis tersebut.Tetapi mengenangkan sahabat yang ingin di temani semasa balik dari najlis tersebut saya gagahkan diri saya untuk ke sana.Pada mulanya saya merancang untuk menaiki bas ke Kuantan tetapi di saat akhir suami saya kebetulan ingin ke Kuantan kerana ada urusan yang perlu di bereskan.
Dipendekkan cerita kami berempat beranak pada pagi sabtu itu terus gerak ke Kuantan manakala anak saya yang nombor 2 ada kelas di sekolahnya.Saya ke kuantan berbekalkan sepasang baju yang ingin di pakai semasa majlis makan malam tersebut.Sepanjang perjalanan ke Kuantan saya menerima wass dari group family wan lijah[nama nenek saya].Mula-mula pak saudara saya iaitu abang kepada emak saya yang memang beiau telah lama sakit,mula-mula dapat wasss sakit tenat sapa2 nak balik boleh balik....tak lama selepas itu dapat wasss mengatakan beliau telah tiada.
Alfatihah buat arwah bapa saudara saya......
nak di jadikan cerita sebaik-baik perancangan manusia,baik lagi perancangan ALLAH SWT.Saya kembali ke Kota Bharu pada hari sabtu itu bersama sepupu saya yang pada masa itu belajar di Uia Kuantan.Kami bertolak balik tepat pada pukul 2.00 ptg.Dan sampai di Kota Bharu pada jam 6.45 ptg tetapi sudah terlambat saya dan sepupu miss epa fazwin tidak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir.
PSSSSSSSTTTTT sambung lain kali ehhhh....to be continued....nak g minum esp jap.....bahekkksssss untuk ibu mengandung macam saya.

No comments:
Post a Comment